Makanan & Runcit
Makanan, minuman dan barangan runcit untuk kedai, kantin dan peniaga di Pahang Tengah.
Kedai kecil, pembekal dekat
Kedai runcit di pekan kecil selalunya menunggu lori pemborong dari Kuantan atau Kuala Lumpur. CAPPSI berada di Temerloh, jadi anda boleh berurusan terus dengan pembekal yang dekat.
Apa yang kami tawarkan
Pengilangan
Produk makanan dan minuman keluaran CAPPSI.
Pembelian & penjualan
Kami membeli dan mengedar produk makanan dan minuman daripada pengeluar lain.
Barangan runcit
Keperluan harian untuk rak kedai anda.
Satu akaun dengan Sabun Cinta
Kedai yang mengambil detergen Sabun Cinta boleh menambah barang runcit dalam urusan yang sama.
Ada produk makanan sendiri? Kami bantu edarkan
Misi CAPPSI ialah membangunkan komuniti usahawan setempat. Usahawan kecil dengan produk makanan atau minuman boleh menghubungi kami untuk diedarkan ke rangkaian pelanggan kami.
Cara memesan
Dapatkan senarai harga borong
WhatsApp nama kedai dan lokasi anda. Kami hantar senarai produk dan harga terkini.
