CAPPSI Sdn Bhd Hubungi Kami
Tentang CAPPSI

Tentang CAPPSI

CAPPSI Sdn Bhd (1206388-V) ditubuhkan pada 24 Oktober 2016 di Temerloh, Pahang, untuk membina usahawan melalui produk harian.

Dr Sharmila Mohamed Salleh

Tentang CAPPSI

Kami komited menyediakan perkhidmatan berkualiti serta penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan pelanggan, dan membina hubungan jangka panjang bersama pemegang taruh dalam memperkasakan ekonomi domestik.

Diketuai oleh Dr Sharmila Mohamed Salleh, Partner, CAPPSI Sdn Bhd

Visi & Misi

Visi

Menjadi peneraju dalam membangunkan komuniti keusahawanan berinovasi dengan model keusahawanan pelbagai yang berdaya saing, inovatif dan mampan, serta memberi impak positif kepada kehidupan sosial dan persekitaran pemegang taruh, terutamanya masyarakat dan komuniti setempat.

Misi

Membangunkan komuniti keusahawanan berteknologi dengan model keusahawanan yang pelbagai melalui penyediaan perkhidmatan, penyelesaian dan sokongan yang inovatif, berkualiti serta mudah diakses. Kami komited membantu pemegang taruh mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui teknologi, profesionalisme dan kerjasama strategik.

Pasukan kami

Dr Sharmila Mohamed Salleh
Dr Sharmila Mohamed SallehPartner
Azlina Asakil
Azlina AsakilTechnologist
Izham Nordin
Izham NordinFormulation Chemist
Syed Yaszeer
Syed YaszeerCreative Partner
Atiqa Ahmad
Atiqa AhmadSite Manager
Shahruddin M Salleh
Shahruddin M SallehCAPPSI

Pelan pembangunan kami

Dari satu mesin isian semula di Temerloh kepada rangkaian di seluruh Pahang.

Fasa 1

Permulaan

Tiga detergen pakaian 5kg dan satu pencuci pinggan 800ml. Mesin isian semula pertama di HQ Temerloh. Jualan terus di sekitar Temerloh dan Mentakab.

Fasa 2

Pengembangan

Pencuci tangan dan pencuci lantai. Bekalan pukal tong 10L dan 20L untuk perniagaan. Liputan Pahang Tengah dan Pantai Timur.

Fasa 3

Skala penuh

Rangkaian penuh produk pencuci, perkhidmatan OEM dan 15 hingga 20 mesin isian semula di seluruh Pahang.

Selari dengan agenda Pahang dan Persekutuan

Formula lestariSelari dengan Green Pahang, MyHIJAU dan SIRIM.
Produk tempatanSelari dengan Pahang Best, Logo Buatan Malaysia dan SME Corp.
Usahawan setempatSelari dengan program Usahawan Muda & Wanita Pahang 1st, MARA, TEKUN dan INSKEN.

Mahu bekerjasama dengan CAPPSI?

Agensi, universiti, pembekal dan bakal ejen, hubungi kami terus.